Saturday, September 6, 2008

sekitar XPDC dakwah sambutan merdeka

Salam Ramadhan Al Mubarak juga salam kemerdekaan. Dalam kita gembira menyambut kemerdekaan, ramai juga masyarakat yang boleh dikatakan silap dalam cara menyambut kemerdekaan . Bukan menghukum mereka, namun dapat diperhatikan cara mereka sedikit sebnyak menyumbang dalam keroskan ahklak dan sosial masyarakat setempat.
Saya berkesempatan menyertai satu program XPDC dakwah yang dianjurkan oleh PERKIP. Program ini adlah LEGAL dan mempnuyai permit ya..

Saya dan dua orang senior dr kampus yang sama agak lewat tiba di KL pada malam itu.
Dalam perjalanan menaiki LRT dr PJ ke KLCC, sudah terlihat gelagat manusia yang bermacama. Kesian anak-anak kecil sekitar 2-3 tahun berasak-asak. Mungkin ibu bapa mereka benar-benar ingin membuat kan anak-anak ini gembira melihat percikan bunga api sebentar. Tapi alangkah moleknya jika anak-anak kecil tidur di rumah. Anak-anak kecil di Palestin pun, kecil-kecil sudah menonton percikan bunga api. Bukan bunga api je, Percikan bom pun ada. Jangan sampai nikmat tidur ditarik wahai ibu bapa sekalian.

Smpai di stesen KLCC, ada seorang pakcik berbisik, "dik, balik la rumah.Dah malam ni"...Barangkali, dia berfikir saya ke sambutan Merdeka agaknya. Tapi saya memang kesana. Namun, dengan misi yang lain... Teringat kata ayah... Kami bertanya pada ayah, mengapa tidak membenarkan kami keluar rumah pada sebelah malam. Jawapan ayah, 'prevention is better than cure'..huhuhuhuh~

breifing by uztaz dr PERKIP

Setiba di Masjid Assyakirin kami berkumpul. Agak ramai juga. Lebih kurang 200 orang..Masih ramai yang berniat untuk menolong masyarakat kita. Alhamdulillah~
Destinasi yang bakal dituju : dataran Merdeka.Perghh..Jauh sangat. Satu jam lebih kurang perjalanan. Jalan kaki. Inilah namanya Tarbiyah fizikal..huhhhu~

" pekerja DBKL bertungkus lumus sekitar 3 pagi.Tidak mengapa..elaun banyak nanti"

Dalam perjalanan macam2 dpat disaksikan...Truck polis yang bersepah..Ramai pula kena tahan.Naik bonus polis kali ni.. Aduhai..Kesian abang2 yang terpaksa bersihkan sampah-sampah bersepahan.. Tiba sahaja didataran Merdeka, keadaan terang benderang. Pekerja DBKL sibuk bekerja menyipakan persiapan perarakan untuk hari esok. Hal ini menyebabkan tidak ramai orang membuat perkara yang tidak diinginkan disitu. Almaklumlah ramai pihak berkuasa. Bak cerita dr shabat dr kampus lain. Berbeza dengan port lain seperti BB atau sg Wang. Di sana, memang agak mencabar pengalaman. RAmai yang ditahan oleh pihak berkuasa. Dengan botol-botol rak, remaja bawah umur bertempiaran bergaduh dan pelbagai lg.Tidak mengapa, sambutan tahun baru kami kesana.

" adik ini br berusia 13 tahun..Semangat sambut merdeka..DIk, salah cara sambutan merdeka tu"

Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam disana. Sempat la juga bertukar idea.. Tiba jam 5 petang kami berkumpul semula.. Kalaulah, masyarakat dapat melihat realiti kehidupan sebenar masyarakat di Malaysia dan kesannya, pasti semua bangkit untuk membanteras..

" masih ramai sekitar 4 am..Bukan bulan puasa. Bukan bukan puasa.Tetapi malam kemerdekaan"

Inilah masalah umat apabila salah memhami perjuangan kemerdekaan. Yang mereka hanya tahu adalah Tunku abdul rahman. Tetapi tahukah kamu siapa itu Tok janggut, dato Rahman Limbong, Ahmad Boestamam, dan juga DR Burhanuddin al Hilmi..Sesamalah kita hayati.. Tahniah kepada pihak yang menganjurkan walaupun not too well organised..