Tuesday, August 26, 2008

Sejauh mana keberkesanan infrastruktur di kampus ini?

Manusia memang suka akan pembangunan. Kemajuan infrastruktur melambangkan kemajuan sesebuah kawasan. Namun secara ironinya, sesetengah pembangunan meninggalkan impak negative.
Kalau kita lihat, setiap kali menjelangnya hari konvokesyen kampus kita, pelbagai2 infrastruktur dibina. Rumah sampah pun ada. Ingatkan pondok batu itu dibina untuk pak Guard. Rupa-rupanya untuk tong sampah yang besar. Mungkin pihak management nak kurangkan bau2 yang tidak menyenangkan.
Tetapi apa pula kes tebing besi(xtahu nak describe macamana), sepanjang jalan di V5? Maklumat yang diterima untuk menghalang motor-motor. Tapi lain pula yang jadi nya. Setiap malam lebih 5 pasangan bertenggek ditebing jalan.Mana la UTP tidak semakin panas. Mata yang melihat ni lagi panas.
Begitu juga dengan kerusi2 yang lebih dr 5 di hadapan CH. Sesetngah pelajar UTP yang bijak- bijak belaka belaka telah menggunakannya untuk menjadi "port dating. Tambah lg port dating~
Mungkin pihak tertentu boleh bangkitkan isu ini. Hal ini kerana masih banyak kemudahan di lecture hall dan lab yang kurang.
Contoh yang terdekat boleh diambil ialah dilecture hall banggunan pelajar-pelajar foundation. Silap hari, ada juga orang yang patah riuk terjatuh daripada kerusi yang uzur.
Sedih juga bila ada rakan yang merungut tidak dapat menyalin nota kerana kerusi tidak mempunyai meja.Sama juga pelajar2 terutama pelajar kejureteraan kimia yang terpaksa menunggu beberapa jam kerana equipment di makmal terlalu banyak yang rosak. Haishh.. Pening pelajar2 ni nak buat lab report.
Diharap segala pembangunan yang dirancang mengambil kira juga pembangunan social masyarakat. Pengajaran juga kepada pembaca yang bakal jd YB...Hukhukhuk..

Wednesday, August 20, 2008

hitam untuk memperingai al-quds..Bukan berkabung..



Alhamdulillah. Hari yang penuh nikmat dan hikmat. pernuh warna warni walaupun diselubungi pakaian bewarna hitam...Memang hari yang dirancang oleh yang Allah s.w.t. Subhanallah~

Tidak sangka lain yang ingin disampaikan lain pula isu yang timbul. Adakah ini satu tamparan kerana terlalu ecxited?. Memang betul hadith pertama berkenaan niat dan mardhatillah amat penting dalam unsur2 dakwah.


Tarikh 21 August adalah tarikh mengingati hari Al-Quds. Perincian tentang hal ini telah di post pada artikel yg lepas. Saya dengan beberapa sahabat mengadakan "tahaluf" dalam menjayakan kempen ini. Kami berpakaian serba hitam. Dengan harapan agar dapat membuat masyarakat kampus sedar akan esok adalah hari memperingati Al-Quds. Beberapa minit selepas slot math diambil untuk membuat pengumuman dikhalayak ramai. Ada respon yang baik. Mereka datang kepada kami untuk mendengar kisah AL-Quds. Namun, saya tidak menjangka bahawa ada juga pendapat yang bertentangan. Saya dipersoal dengan beberapa soalan yang tidak disangka." tidakkah memakai hitam ini seperti berkabung?","mengapakah memilih hitam"..

Tersentak dan terkedu kerana hanya sy seorang yang miskin dengan ilmu berada disitu untuk menjawab soalan2 mereka.

Keluar sahaja kelas, terkedek-kedek mendapatkan sahabat. Kami menjalankan syura. Keputusan? uztaz!!!.Mesti dpatkan uztaz. Alhamdulillah seperti hari dirancang. Begitu nikmat hari ini. Jawapan slh seorang uztaz. " tidak salah untuk memakai hitam, dalam hadith itu tidak dinyatakan berkabung dalam berpakaian dan warna"...Ya..satu justification.

Dan dalam perjalanan. Kami bertembung dengan seorg lagi uztaz. Jawapan uztaz " no big deal tentang warna. warna meluas dan mempunyai pelbagai maksud..." Bagaimana pula dengan assumption org menyatakan walaupun kami berniat lain, tapi masih seperti berkabung.." "Assumption dan perbuatan adalah sesuatu yang berlainan. Apa yang penting kita menerangkan dan perjelaskan.."


Kami juga mendapatkan perjelasan daripada senior. Alhamdulillah. Hitam dipilih bukan untuk berkabung. Tapi ditegaskan untuk mengingati peristiwa hitam ...Misi yang dijangka selesai tidak rupanya belum lagi. Hampir putus asa. Ada juga rakan skelas yang sudah menelefon uztaz dinegeri lain untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini. Astaghfirullah...


Tamparan terakhir yang saya dapat menyatakan announcemnt yang dibuat ada yang tidak kene. Pendapat itu diraikan. Announcement berbunyi begini " for non muslim, if u want to know further, u can ask for the muslim or make some reserach via the internet"...


Dan natijah daripda announcement itu ada nonmuslim bertanya pada muslim berhubung peristiwa itu. Dan muslim itu tidak pasti akan details tentang al-quds. Ya kesilapan besar sy dlm penyusunan ayat. haiyyaa..Tidak berstrategi. Kita tidak boleh assume semua orang tahu akan peristiwa ini. ~Maafkan ku bila tak sempurna~


Segala kritikan, idea dan pendapat memang diraikan. Semua orang berlainan pendapat walaupun sefikrah. Tidak perlu membuta tuli dan cepat melatah apabila dibidas. Alhamdulillah hari yang penuh hikmah dan nikmat.

Cuba sedikit penerangan tentang hitam sempenan memperingati al-quds sebagai penjelasan untuk mngurangkan sebarang kekeliruan.



Hitam melambangkan kegelapan. Tanpa sinar.. Sedih. Sepertimana keadaan di Palestine pada hari ini yang tidak diberikan harapan dan sinar utk mereka merdeka. Seperti orang Palestin yg kini sedang bergelap tanpa bekalan elektrik.Setakat itu sahaja niat HITAM yg telah diagendakan. Tidak ada kena mengena dengan kabung seperti orang kafir, tidak ada kena mengena dengan Black Metal, tidak ada kena mengena dengan gothic, tidak ada kena mengena dengan ilmu HITAM, tidak ada kena mengena dengan ahli sihir hitam (whitch) dan yg tidak ada kena mengena dengan Islam dan diharamkan Islam..tidak kita ambil sebagai alasan terhadap perkara ini. Seluar putih & baju putih juga boleh dikatakan sedikit tidak sesuai utk sesetengah orang terutamanya apabila keadaan hujan dan keadaan yg tempatnya kotor.Sebagai menarik perhatian umum bila beramai-ramai memakai hitam, ia menunjukkan ada sesuatu yg ingin ditunjuk. Sebab itu kita menggalakan SERBA HITAM. SERBA means ALL. ALL BLACK. From head to toe kerana bila pakai separuh2, ia tidak ada beza dengan pemakaian harian. Tapi bila SERBA, it means a different thing. Kalau nak selamat, pakai baju serba hitam beserta dengan button badge palestin atau mafla. Atau yg seumpama dgannya supaya apabila mereka lihat, merek terus tahu kenapa serba hitam bila ada lambang2 berkait dengan Palestin.Tidak perlu kita mengaitkan perkara2 lain yg berkenaan HITAM yg kita sengaja ingin condemn usaha sesetengah pihak lantas mengukumnya tersasar dari aqidah ummat Islam. Jika tak mahu turut serta, tidak perlu menghukum dengan begitu mudah hanya kerana kita menunjukkan simpati & prihatin terhadap isu Palestin ini. Warna adalah pilihan. Pilihan pula ada khilaf. Kalau pihak yg nak berpegang bahawa hitam itu berkait dengan kabung dan diharamkan, tak mengapa sebab itu pegangannya. Boleh nak pakai serba warna lain pun tidak kisah utk tunjukkan kprihatinan kepada Palestine. Tapi utk memudahkan keadaan, kita promote 1 warna je which is BLACK utk menunjukkan kesatuan kepedulian kita.


Alhamdulillah, selesai perkara ini. Yang saya bingung..Tidak sangka pula isu berkabung yang dihangatkan. Inilah lumrah manusia. Kita masih mempunyai pelbagai isu yang lebih crucial tentang masalah umat ini. Hairan. Yang memakai skirt terang2an haram. Tidak pula ada mempersoalkan. Apapun kita raikan pendapat yang lain.. Terima kasih pada yang membetulkan dan memberikan pendapat. Dpd Allahyarham Uztaz Fadzil Noor " pengorbanan yang paling besar adalah pengorbanan perasaan".. Sama-samalah kita menghayati episod penderitaan dan penindasan rakyat Palestin..

Wallahualam~



Sunday, August 17, 2008

menarik..menarik..palestine isu bersama~



Mengapa ada segelintir masyarakat begitu fokus abila membincangkan isu-isu berkaitan dunia dan nasional. Mengapa pula wujud segelintir masyarakat yang mengambil sikap tidak ingin tahu terhadap isu-isu ini. Persoalannya adakah mereka sudah jemu kerana jika diambil kira, isu-isu dunia dan nasional sering bertukar hari demi hari. Ibarat menukar pakaian dibadan.

Namun ada satu isu yang harus diberi perhatian meskipun tidak pernah bertukar hari demi hari. Isu yang melibatkan isu perhubungan persaudaraan dan hak asasi manusia, isu kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin.Penderitaan rakyat palestin begitu dekat dengan kita sebenarnya tidak kiralah kita adalah penganut islam ataupun tidak. Jikalau kita dapat lihat, banyak pihak yg cuba untuk memperjuangkan isu Palestin. Adakah benar isu Palestin ini begitu dekat dengan kita? Jawapan terletak pada diri individu masing-masingg.
Apakah beza tarikh memperingati 14 mei 1948 dan 21 Ogos 1969. Sedangkan kedua2 tarikh ini mempunyai kaitan dengan Palestin. Artikel ini hanya mengambil sedikit overview agar kita dapat mendapat gambaran awal tentang apakah yang terjadi sebenarnya pada rakyat Palestin.

Tarikh 21 Ogos 1969 mencatatkan peristiwa tragis dalam sejarah Baitul Maqdis apabila Masjid Al-Aqsa tempat persinggahan NABI SAW semasa isra' mikraj di nodai oleh pihak zionis. Masjid Al-Aqsa dibakar oleh pelampau Yahudi dan menyebabkan beberapa kerosakan berlaku pada kiblat kedua umat Islam selepas Baitullah Kaabah.Pada 21 Ogos setiap tahun, tarikh ini di ingati oleh pencinta kedamaian dan pejuang Islam betapa ianya jelas mengugat maruah kita sebagai umat Islam. Tarikh ini disebut sebagai Hari Memperingati Al-Quds atau "Remembrance Of Al-Quds" atau ringkasnya ROQ.Hari Al-Quds sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila.Pada 21 Ogos 1969,Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyhat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Manakala tarikh 14 Mei 1948 adalah tarikh dimana rakyat Palestin dibunuh dan dihalau secara besar-besaran ditanah air mereka sendiri. Mengapakah ia berlaku? Satu ketika dahulu, ketika perang dunia kedua, berlaku pergolakan antra pihak British dan Nazi German.. Pihak Israel (yahudi) telah membantu pihak British dan mereka telah menang dalam pertempuran itu. Pihak British telah menjalankan deklarasi Balfour dengan Yahudi dimana Yahudi telah ditawarkan sebhagian tanah jajahan British sebgai ganjaran yakni Palestin. Yahudi dilihat sebgai perjuang kemerdekaan mebebaskan Plaestin daripada British sedangkan mereka adalh tali barut British.
Peristiwa ini dinamakan Nakba yang seperti selalu kita dengar. Ia membawa maksud kepada malapetaka.
Mengapa pula Umat islam harus membantu rakat Palestin? Kerana ;
  • rakyat Palestin adalah umat Islam dan umat islam adalah bersaudara.
  • Masjidil aqsa adalah qiblat pertama umat islam
  • Tanah Palestin juga adalah tanah Para Anbiya' dimana disini jugalah Nabi Yaakub menentang Yahudi
  • Berlakunya isra' mikraj juga dari masjidil Haram sebelum rAsulullah naik ke langit.

Mengapa pula masyarakat bukan islam juga perlu mengambil tahu?

Hal ini kerana terlalu banyak penyalah gunaan kuasa Veto oleh kuasa kejam Amerika Syarikat. Apakah sebab amerika menyerang Palestin? ini adalah kerana Israel memohon bantuan daripada Amerika untuk menyerang Palestin. DI Dewan Parlimen di Amerika Syarikat, kebanyakan wakil parlimen dimonopoli oleh individu- individu Yahudi. Jadi, mereka harus meraih sokongan kuat daripada yahudi untuk memerintah Amerika lagi. Jangan lupa, Berreck Hussin Obama juga adalah seorang induvidu dari kaum yahudi. Dijangkakan 60% rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa tidak bersetuju akan serangan Amerika terhadap Palestin. Hal ini memperlihatkan bagaimana penindasan berlaku kepada golongan ternaniaya.

Haruskah kita berdiam diri? Renung-renungkan lah.....

Friday, August 8, 2008

mAsIH aDakAh hArapAN....





Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

Tirai ini dibuka dengan sedikit coretan peribadi untuk menyelami kisah yang tidak pernah diduga akan berlaku.


Dahulu, ketika kecil banyak drama mempaparkan kisah bayi dibuang kerana si ibu tidak sanggup membesarkannya kerana kekangan wang. Ada juga yang terpaksa membuang bayi kerana takut dibuang keluarga sendiri kerana bayi itu lahir tanpa hubungan yang halal. Tetapi ketika itu, segalanya adalah kisah yang ideal. Dalam erti kata lain, hanyalah sekadar drama. Namun, hari ini telah tercatat satu kisah di dalam risalah kehidupan, yang mana tidak mungkin akan dapat dipadam sampai bila-bila.
.
Kes yang berlaku baru – baru ini benar- benar memberi impak. Coretan ini bukan lah ingin membuka kisah peribadi gadis itu, namun ingin cuba bersama-sama menyelami kisah gadis ini. Dia adalah tangunggungjawab semua. Siapa yang perlu dipersalahkan, adalah satu isu yang subjektif. Mungkinkah ini adalah kifarah dosa untuk individu yang diberikan amanah untuk menjaga membimbing gadis ini? Atau mungkinkah ini adalah ujian untuk sekelompok insang yang mengaku berjuang dijalan dakwah? Yang hanya layak menilai adalah Dia.

Tidak akan ada jalan untuk berpatah balik. Tidak akan ada masa walau seseaat untuk di pulangkan. Semuanya telah berlalu….

-- selagi mana mampu bernafas..selagi itu Dia memberi peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu..selagi itu Dia masih beri peluang untuk berdiri..---

Doa pengampunan di pohon bukan sahaja untuk gadis ini, tetapi untuk individu yang di pertanggungjawab untuk menjaga gadis ini. Berdoalah agar masih ada ruang yang diberikan olah Allah buat individu yang masih mempunyai niat unutk menolong gadis ini.. Disini saya berkongsi coretan sahabat yang mungkin lebih layak untuk membicarakan isu ini.

http://www.google.com/search?q=%2f%2fibnuinsan.blogspot.com%2f2008%2f08%2fisu-pembuangan-bayi.html

Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu[609]: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan jika mereka kembali lagi[610] sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah tenhadap) orang-orang dahulu ." al anfal : 38

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Wallahualam