Sunday, August 17, 2008

menarik..menarik..palestine isu bersama~



Mengapa ada segelintir masyarakat begitu fokus abila membincangkan isu-isu berkaitan dunia dan nasional. Mengapa pula wujud segelintir masyarakat yang mengambil sikap tidak ingin tahu terhadap isu-isu ini. Persoalannya adakah mereka sudah jemu kerana jika diambil kira, isu-isu dunia dan nasional sering bertukar hari demi hari. Ibarat menukar pakaian dibadan.

Namun ada satu isu yang harus diberi perhatian meskipun tidak pernah bertukar hari demi hari. Isu yang melibatkan isu perhubungan persaudaraan dan hak asasi manusia, isu kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin.Penderitaan rakyat palestin begitu dekat dengan kita sebenarnya tidak kiralah kita adalah penganut islam ataupun tidak. Jikalau kita dapat lihat, banyak pihak yg cuba untuk memperjuangkan isu Palestin. Adakah benar isu Palestin ini begitu dekat dengan kita? Jawapan terletak pada diri individu masing-masingg.
Apakah beza tarikh memperingati 14 mei 1948 dan 21 Ogos 1969. Sedangkan kedua2 tarikh ini mempunyai kaitan dengan Palestin. Artikel ini hanya mengambil sedikit overview agar kita dapat mendapat gambaran awal tentang apakah yang terjadi sebenarnya pada rakyat Palestin.

Tarikh 21 Ogos 1969 mencatatkan peristiwa tragis dalam sejarah Baitul Maqdis apabila Masjid Al-Aqsa tempat persinggahan NABI SAW semasa isra' mikraj di nodai oleh pihak zionis. Masjid Al-Aqsa dibakar oleh pelampau Yahudi dan menyebabkan beberapa kerosakan berlaku pada kiblat kedua umat Islam selepas Baitullah Kaabah.Pada 21 Ogos setiap tahun, tarikh ini di ingati oleh pencinta kedamaian dan pejuang Islam betapa ianya jelas mengugat maruah kita sebagai umat Islam. Tarikh ini disebut sebagai Hari Memperingati Al-Quds atau "Remembrance Of Al-Quds" atau ringkasnya ROQ.Hari Al-Quds sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila.Pada 21 Ogos 1969,Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyhat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Manakala tarikh 14 Mei 1948 adalah tarikh dimana rakyat Palestin dibunuh dan dihalau secara besar-besaran ditanah air mereka sendiri. Mengapakah ia berlaku? Satu ketika dahulu, ketika perang dunia kedua, berlaku pergolakan antra pihak British dan Nazi German.. Pihak Israel (yahudi) telah membantu pihak British dan mereka telah menang dalam pertempuran itu. Pihak British telah menjalankan deklarasi Balfour dengan Yahudi dimana Yahudi telah ditawarkan sebhagian tanah jajahan British sebgai ganjaran yakni Palestin. Yahudi dilihat sebgai perjuang kemerdekaan mebebaskan Plaestin daripada British sedangkan mereka adalh tali barut British.
Peristiwa ini dinamakan Nakba yang seperti selalu kita dengar. Ia membawa maksud kepada malapetaka.
Mengapa pula Umat islam harus membantu rakat Palestin? Kerana ;
  • rakyat Palestin adalah umat Islam dan umat islam adalah bersaudara.
  • Masjidil aqsa adalah qiblat pertama umat islam
  • Tanah Palestin juga adalah tanah Para Anbiya' dimana disini jugalah Nabi Yaakub menentang Yahudi
  • Berlakunya isra' mikraj juga dari masjidil Haram sebelum rAsulullah naik ke langit.

Mengapa pula masyarakat bukan islam juga perlu mengambil tahu?

Hal ini kerana terlalu banyak penyalah gunaan kuasa Veto oleh kuasa kejam Amerika Syarikat. Apakah sebab amerika menyerang Palestin? ini adalah kerana Israel memohon bantuan daripada Amerika untuk menyerang Palestin. DI Dewan Parlimen di Amerika Syarikat, kebanyakan wakil parlimen dimonopoli oleh individu- individu Yahudi. Jadi, mereka harus meraih sokongan kuat daripada yahudi untuk memerintah Amerika lagi. Jangan lupa, Berreck Hussin Obama juga adalah seorang induvidu dari kaum yahudi. Dijangkakan 60% rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa tidak bersetuju akan serangan Amerika terhadap Palestin. Hal ini memperlihatkan bagaimana penindasan berlaku kepada golongan ternaniaya.

Haruskah kita berdiam diri? Renung-renungkan lah.....

No comments: