Wednesday, August 20, 2008

hitam untuk memperingai al-quds..Bukan berkabung..



Alhamdulillah. Hari yang penuh nikmat dan hikmat. pernuh warna warni walaupun diselubungi pakaian bewarna hitam...Memang hari yang dirancang oleh yang Allah s.w.t. Subhanallah~

Tidak sangka lain yang ingin disampaikan lain pula isu yang timbul. Adakah ini satu tamparan kerana terlalu ecxited?. Memang betul hadith pertama berkenaan niat dan mardhatillah amat penting dalam unsur2 dakwah.


Tarikh 21 August adalah tarikh mengingati hari Al-Quds. Perincian tentang hal ini telah di post pada artikel yg lepas. Saya dengan beberapa sahabat mengadakan "tahaluf" dalam menjayakan kempen ini. Kami berpakaian serba hitam. Dengan harapan agar dapat membuat masyarakat kampus sedar akan esok adalah hari memperingati Al-Quds. Beberapa minit selepas slot math diambil untuk membuat pengumuman dikhalayak ramai. Ada respon yang baik. Mereka datang kepada kami untuk mendengar kisah AL-Quds. Namun, saya tidak menjangka bahawa ada juga pendapat yang bertentangan. Saya dipersoal dengan beberapa soalan yang tidak disangka." tidakkah memakai hitam ini seperti berkabung?","mengapakah memilih hitam"..

Tersentak dan terkedu kerana hanya sy seorang yang miskin dengan ilmu berada disitu untuk menjawab soalan2 mereka.

Keluar sahaja kelas, terkedek-kedek mendapatkan sahabat. Kami menjalankan syura. Keputusan? uztaz!!!.Mesti dpatkan uztaz. Alhamdulillah seperti hari dirancang. Begitu nikmat hari ini. Jawapan slh seorang uztaz. " tidak salah untuk memakai hitam, dalam hadith itu tidak dinyatakan berkabung dalam berpakaian dan warna"...Ya..satu justification.

Dan dalam perjalanan. Kami bertembung dengan seorg lagi uztaz. Jawapan uztaz " no big deal tentang warna. warna meluas dan mempunyai pelbagai maksud..." Bagaimana pula dengan assumption org menyatakan walaupun kami berniat lain, tapi masih seperti berkabung.." "Assumption dan perbuatan adalah sesuatu yang berlainan. Apa yang penting kita menerangkan dan perjelaskan.."


Kami juga mendapatkan perjelasan daripada senior. Alhamdulillah. Hitam dipilih bukan untuk berkabung. Tapi ditegaskan untuk mengingati peristiwa hitam ...Misi yang dijangka selesai tidak rupanya belum lagi. Hampir putus asa. Ada juga rakan skelas yang sudah menelefon uztaz dinegeri lain untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini. Astaghfirullah...


Tamparan terakhir yang saya dapat menyatakan announcemnt yang dibuat ada yang tidak kene. Pendapat itu diraikan. Announcement berbunyi begini " for non muslim, if u want to know further, u can ask for the muslim or make some reserach via the internet"...


Dan natijah daripda announcement itu ada nonmuslim bertanya pada muslim berhubung peristiwa itu. Dan muslim itu tidak pasti akan details tentang al-quds. Ya kesilapan besar sy dlm penyusunan ayat. haiyyaa..Tidak berstrategi. Kita tidak boleh assume semua orang tahu akan peristiwa ini. ~Maafkan ku bila tak sempurna~


Segala kritikan, idea dan pendapat memang diraikan. Semua orang berlainan pendapat walaupun sefikrah. Tidak perlu membuta tuli dan cepat melatah apabila dibidas. Alhamdulillah hari yang penuh hikmah dan nikmat.

Cuba sedikit penerangan tentang hitam sempenan memperingati al-quds sebagai penjelasan untuk mngurangkan sebarang kekeliruan.



Hitam melambangkan kegelapan. Tanpa sinar.. Sedih. Sepertimana keadaan di Palestine pada hari ini yang tidak diberikan harapan dan sinar utk mereka merdeka. Seperti orang Palestin yg kini sedang bergelap tanpa bekalan elektrik.Setakat itu sahaja niat HITAM yg telah diagendakan. Tidak ada kena mengena dengan kabung seperti orang kafir, tidak ada kena mengena dengan Black Metal, tidak ada kena mengena dengan gothic, tidak ada kena mengena dengan ilmu HITAM, tidak ada kena mengena dengan ahli sihir hitam (whitch) dan yg tidak ada kena mengena dengan Islam dan diharamkan Islam..tidak kita ambil sebagai alasan terhadap perkara ini. Seluar putih & baju putih juga boleh dikatakan sedikit tidak sesuai utk sesetengah orang terutamanya apabila keadaan hujan dan keadaan yg tempatnya kotor.Sebagai menarik perhatian umum bila beramai-ramai memakai hitam, ia menunjukkan ada sesuatu yg ingin ditunjuk. Sebab itu kita menggalakan SERBA HITAM. SERBA means ALL. ALL BLACK. From head to toe kerana bila pakai separuh2, ia tidak ada beza dengan pemakaian harian. Tapi bila SERBA, it means a different thing. Kalau nak selamat, pakai baju serba hitam beserta dengan button badge palestin atau mafla. Atau yg seumpama dgannya supaya apabila mereka lihat, merek terus tahu kenapa serba hitam bila ada lambang2 berkait dengan Palestin.Tidak perlu kita mengaitkan perkara2 lain yg berkenaan HITAM yg kita sengaja ingin condemn usaha sesetengah pihak lantas mengukumnya tersasar dari aqidah ummat Islam. Jika tak mahu turut serta, tidak perlu menghukum dengan begitu mudah hanya kerana kita menunjukkan simpati & prihatin terhadap isu Palestin ini. Warna adalah pilihan. Pilihan pula ada khilaf. Kalau pihak yg nak berpegang bahawa hitam itu berkait dengan kabung dan diharamkan, tak mengapa sebab itu pegangannya. Boleh nak pakai serba warna lain pun tidak kisah utk tunjukkan kprihatinan kepada Palestine. Tapi utk memudahkan keadaan, kita promote 1 warna je which is BLACK utk menunjukkan kesatuan kepedulian kita.


Alhamdulillah, selesai perkara ini. Yang saya bingung..Tidak sangka pula isu berkabung yang dihangatkan. Inilah lumrah manusia. Kita masih mempunyai pelbagai isu yang lebih crucial tentang masalah umat ini. Hairan. Yang memakai skirt terang2an haram. Tidak pula ada mempersoalkan. Apapun kita raikan pendapat yang lain.. Terima kasih pada yang membetulkan dan memberikan pendapat. Dpd Allahyarham Uztaz Fadzil Noor " pengorbanan yang paling besar adalah pengorbanan perasaan".. Sama-samalah kita menghayati episod penderitaan dan penindasan rakyat Palestin..

Wallahualam~



No comments: