Friday, August 8, 2008

mAsIH aDakAh hArapAN....





Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

Tirai ini dibuka dengan sedikit coretan peribadi untuk menyelami kisah yang tidak pernah diduga akan berlaku.


Dahulu, ketika kecil banyak drama mempaparkan kisah bayi dibuang kerana si ibu tidak sanggup membesarkannya kerana kekangan wang. Ada juga yang terpaksa membuang bayi kerana takut dibuang keluarga sendiri kerana bayi itu lahir tanpa hubungan yang halal. Tetapi ketika itu, segalanya adalah kisah yang ideal. Dalam erti kata lain, hanyalah sekadar drama. Namun, hari ini telah tercatat satu kisah di dalam risalah kehidupan, yang mana tidak mungkin akan dapat dipadam sampai bila-bila.
.
Kes yang berlaku baru – baru ini benar- benar memberi impak. Coretan ini bukan lah ingin membuka kisah peribadi gadis itu, namun ingin cuba bersama-sama menyelami kisah gadis ini. Dia adalah tangunggungjawab semua. Siapa yang perlu dipersalahkan, adalah satu isu yang subjektif. Mungkinkah ini adalah kifarah dosa untuk individu yang diberikan amanah untuk menjaga membimbing gadis ini? Atau mungkinkah ini adalah ujian untuk sekelompok insang yang mengaku berjuang dijalan dakwah? Yang hanya layak menilai adalah Dia.

Tidak akan ada jalan untuk berpatah balik. Tidak akan ada masa walau seseaat untuk di pulangkan. Semuanya telah berlalu….

-- selagi mana mampu bernafas..selagi itu Dia memberi peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu..selagi itu Dia masih beri peluang untuk berdiri..---

Doa pengampunan di pohon bukan sahaja untuk gadis ini, tetapi untuk individu yang di pertanggungjawab untuk menjaga gadis ini. Berdoalah agar masih ada ruang yang diberikan olah Allah buat individu yang masih mempunyai niat unutk menolong gadis ini.. Disini saya berkongsi coretan sahabat yang mungkin lebih layak untuk membicarakan isu ini.

http://www.google.com/search?q=%2f%2fibnuinsan.blogspot.com%2f2008%2f08%2fisu-pembuangan-bayi.html

Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu[609]: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan jika mereka kembali lagi[610] sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah tenhadap) orang-orang dahulu ." al anfal : 38

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Wallahualam

No comments: